Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Majlis Penyerahan Royalti Jongkong Emas Kepada Kerajaan Kelantan telah diadakan pada 28 Februari 2018 bertempat di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada jam 2.30 petang.

Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sejak tahun lepas kerajaan negeri telah memperkenalkan kaedah pungutan baharu royalti emas dengan menetapkan 2 peratus daripada 10 peratus bayaran royalti dibuat dalam bentuk jongkong emas.
Turut hadir Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Abdullah Ya’kub.
 
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Faudzi Che Mamat, anggota-anggota Exco, Pengarah Tanah dan Galian, Dato’ Nazran Muhamad, Mufti Kelantan, Dato’ Muhd Shukri Muhammad dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail.
 
Perlombongan emas berskala besar dilaksanakan PKINK dengan usahasama CNMC Mining Sdn Bhd sejak 2014 di Sokor Tanah Merah.