Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Program Transformasi Minda dan Intergrasi Nasional kepada Penolong Pegawai Penguatkuasa Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan akan diadakan pada 11 hingga 13 Ogos 2018 bertempat di Institut Latihan Islam Kampus Wilayah Timur, Besut (ILIM).

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan akan mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Pejabat Pengarah Tanah Dan Negeri Johor pada 28 Julai 2018 hingga 30 Julai 2018.

Majlis Perjumpaan Khas Bersama YABhg Dato' Pengarah Tanah dan Galian Kelantan akan diadakan pada pada 11 April 2018 (Hari 

rabu), jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat Utama PTG.

Majlis ini akan pada 27 Mac 2018 (Selasa) bertempat di Grandara Hall, Pendek, Kota Bharu. Acara tahunan ini bertujuan meraikan semua pegawai dan kakitangan jabatan yang berkhidmat dengan cemerlang dan juga pekerja yang sudah tamat tempoh perkhidmatan. Majlis ini akan disertai dengan persembahan kebudayaan dari kalangan pegawai dan kakitangan bertemakan "Budi Disanjung, Jasa Dikenang".

Majlis Penyerahan Royalti Jongkong Emas Kepada Kerajaan Kelantan telah diadakan pada 28 Februari 2018 bertempat di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada jam 2.30 petang.

Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sejak tahun lepas kerajaan negeri telah memperkenalkan kaedah pungutan baharu royalti emas dengan menetapkan 2 peratus daripada 10 peratus bayaran royalti dibuat dalam bentuk jongkong emas.
Turut hadir Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Abdullah Ya’kub.
 
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Faudzi Che Mamat, anggota-anggota Exco, Pengarah Tanah dan Galian, Dato’ Nazran Muhamad, Mufti Kelantan, Dato’ Muhd Shukri Muhammad dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail.
 
Perlombongan emas berskala besar dilaksanakan PKINK dengan usahasama CNMC Mining Sdn Bhd sejak 2014 di Sokor Tanah Merah.

Pejabat ini mengadakan satu sesi User Acceptance Test (UAT) Sistem Aplikasi e-Kuari sebagaimana berikut:-

Tarikh : 8 Februari 2018

Masa : 9:00 pagi - 2:00 petang

Tempat : Makmal Komputer, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Blok 6, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan

Sesi ini diadakan bagi tujuan mengesahkan segala pembangunan sistem adalah memenuhi kehendak pengguna akhir sebelum sistem ini digunapakai secara rasmi pada Mac 2018.

Bahagian Petugas Khas dan Pendakwaan PTG Kelantan akan mengadakan Bengkel Pengurusan Siasatan Bil 1/2018 pada 6 Februari 2018 di Bilik Gerakan Negeri bermula jam 8.00 pagi.

MAJLIS PERASMIAN PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN KECIL LOJING OLEH YAB USTAZ DATO’ MENTERI BESAR KELANTAN: Pada  05 Muharam 1438H  bersamaan 06 Oktober 2016.