Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Bahagian Khidmat Pengurusan diketuai oleh Pegawai Eksekutif Kanan N36. Di bawah bahagian ini, terdapat 3 unit yang utama iaitu;

- Unit Perkhidmatan
- Unit Kewangan
- Unit Inventori

Bahagian ini berperanan untuk menguruskan segala perjawatan dan perkhidmatan seperti pengisian jawatan kosong, permohonan jawatan baru, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, pemangkuan dan cuti kakitangan, peperiksaan jabatan, pencen, pertukaran kakitangan dan kursus.

Bahagian ini juga menguruskan perbelanjaan jabatan seperti pembayaran gaji, pembelian dan pembaikian alat – alatan kelengkapan pejabat, menyediakan anggaran belanjawan tahunan pejabat dan memastikan anggaran belanjawan tahunan mencukupi.

PERJAWATAN

Pada tahun 2009, perjawatan Pejabat PTG ialah 132 jawatan yang terbahagi kepada 4 iaitu:

· Pengurusan Tertinggi
· Pengurusan dan Profesional
· Sokongan 1
· Sokongan 2

KURSUS DAN LATIHAN

Ke arah meningkatkan produktiviti dan kemajuan kerjaya pegawai dan kakitangan, Bahagian Khidmat Pengurusan telah menghantar kakitangan pelbagai peringkat untuk menyertai kursus, seminar dan bengkael yang dianjurkan sama ada oleh Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Untu rekod 2009, seramai 41 orang kakitangan telah dihantar oleh Pejabat PTG untuk menghadiari 28 jenis kursus di seluruh negara.