Bahagian ini telah ditubuhkan pada 16 Disember 2014, berfungsi sebagai satu unit untuk menjalankan tugas-tugas pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Enakmen Mineral 2001. Bidang tugas ini melibatkan penyediaan Kertas Siasatan yang dijalankan oleh 4 orang Pegawai Penyiasat manakala pendakwaan kes-kes tersebut di Mahkamah Majistret dan Sesyen dikendalikan oleh 2 orang Pegawai Pendakwa.
Tugas utama bahagian melibatkan pelanggaran syarat. Fail pelanggaran syarat ini dibuka oleh Bahagian Petugas Khas dan Pendakwaan selepas Bahagian Penguatkuasaan membuat siasatan ke atas tanah tersebut. Selepas siasatan ke atas tanah tersebut dijalankan, Bahagian Penguatkuasaan akan menyerahkan laporan berkaitan siasatan yang dijalanakan kepada Bahagian Petugas Khas dan Pendakwaan untuk menyemak sama ada terdapat kes pelanggaran syarat ataupun tidak.
Sekiranya terdapat kes pelanggaran syarat, unit ini akan membuka fail pelanggaran syarat dan meneruskan dengan proses inkuiri yang dipengerusikan oleh Pengarah Tanah dan Galian(PTG) atau Timbalan PTG dan dijalankan di hadapan pemilik berdaftar tanah atau wakil dan Penolong Pengarah Petugas Khas dan Pendakwaan serta beberapa pegawai lain. Proses inkuiri memerlukan pemilik tanah tersebut mengemukakan alasan-alasan dan asas-asas pertimbangan untuk pihak PTG mengambil kira untuk proses pengenaan denda.
Unit perundangan merupakanunit yang baru ditubuhkan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian. Unit ini mula beroperasi pada bulan Februari 2008 dengan diketuai oleh seorang Pegawai Undang-Undang (L41), dua Pembantu Tadbir (N17) dan seorang Pembantu Am Rendah (N11). Unit ini berfungsi sebagai penyelesai kepada masalah perundangan yang melibatkan jabatan ini.
Misi Strategik
Objektif Unit Perundangan
Audit Pengurusan merupakan unit baru yang ditubuhkan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) seluruh negeri di Semenanjung Malaysia dan di PTG Kelantan bahagian ini ditubuhkan pada pertengahan 2007. Ianya diketuai oleh seorang Penolong Pengarah (PTN Gred N41), seorang Penolong Pegawai Tadbir (N27), seorang pembantu Tadbir (N17) dan seorang Penolong Pegawai Tanah (N17).
Objektif Bahagian Audit Pengurusan
Fungsi Bahagian Audit Pengurusan
Dalam usaha mencapai kualiti pentadbiran negeri, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di semua Pejabat Tanah dan Jajahan dipertingkatkan bagi mewujudkan Pengurusan Tanah yang bersepadu melalui penggunaan komputer sepenuhnya dalam mencapai hasrat dan misi kerajaan untuk merealisasikan kerajaan elektronik dengan sempurna.
Peningkatan sistem komputer dan perluasan fungsi serta penambahbaikan (enhancement) sistem-sistem yang sedia ada merupakan tanggungjawab Bahagian Pengurusan Data Pejabat Pengarah Tanah dan Galian yang membuat perancangan strategi teknologi maklumat.
Objektif Bahagian Pengurusan Data ialah:
Bahagian Pendaftaran berfungsi untuk mendaftar tanah, urusniaga, bukan urusniaga. Rekod-rekod tanah mengikut kehendak undang-undang dengan cara yang cepat, cekap dan berkesan. Perkara utama yang dilakukan di bahagian iniadalah seperti berikut:
PENDAFTARAN HAKMILIK
Pendaftaran hakmilik merupakan antara tugas utama yang dijalankan oleh Pejabat PTG Kelantan. Mengikut Kanun Tanah Negara 1966, terdapat enam jenis hakmilik iaitu: