Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Bahagian ini diketuai oleh Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan). Terdapat 5 unit di bawah Bahagian Pembangunan iaitu;

  1. Unit Pembangunan Tanah
  2. Unit Pelupusan Tanah
  3. Unit Penyelesaian Tanah
  4. Unit Mineral
  5. Unit Pengambilan Tanah

 

Peranan Bahagian Pembangunan

Secara amnya, ia berperanan menguruskan dan menyelaraskan permohonan-permohonan yang diterima daripada setiap jajahan berhubung dengan Permohonan Milik Tanah, Pecah Sempadan, Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dan lain-lain urusan berkaitan dengan unit-unit di Bahagian Pembangunan.

Setiap permohonan yang diterima akan diproses dengan segera dan sempurna. Setiap pemprosesan akan melalui peringkat-peringkat yang tertentu dan di setiap peringkat ini perlu selaras dengan Undang-Undang, Enakmen dan Akta yang telah ditetapkan bagi mencapai matlamat Dasar Kerajaan. Setiap daripada permohonan berkenaan terdapat peringkat di mana Bahagian Pembangunan perlu menyediakan kertas-kertas kerja dan kertas-kertas cadangan bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.

Selain itu, bahagian ini bertanggungjawab untuk membuat lawatan-lawatan dan pemeriksaan ke tempat-tempat kerja pembersihan palong seperti tempat-tempat lombong emas dan bahan mineral.

i. Unit Pembangunan Tanah

Di antara urusan yang dijalankan oleh Unit Pembangunan adalah seperti proses tukar syarat tanah, pecah sempadan serentak, pecah sempadan tanah, pecah bahagian tanah,cantuman tanah, serah balik tanah dan berimiliksemula.

Semua permohonan yang melibatkan urusan-urusan tanah dari setiap jajahan akan disalurkan ke unit ini unuk disemak dan diangkat untuk pertimbanganPihak Berkuasa Negeri.

ii. Unit Pelupusan Tanah

Unit Pelupusan Tanah melibatkan urusan pemberimilikan tanah, pengeluaran lesen pendudukan sementara (TOL), perizaban tanah, pengeluaran permit bahan batuan, permit penggunaan ruang udara diatas tanah kerajaan dan tanah rizab.

Bayaran premium juga merupakan satu daripada hasil tanah. Bayaran premium diperolehi melalui proses pemberimilikan tanah dan juga penukaran syarat atau jenis penggunaan tanah. Bagi keseluruhan negeri Kelantan,bayaran premium bagi tahun 2009 ialah sebanyak RM 7.979 juta iaitu peningkatan 30% daripada jumlah bayaran premium yang diperolehi pada tahun 2008.

Lesen Pendudukan Sementara (TOL)adalah satu bentuk pelupusan yang mana satu kelulusan yang diberi kepada mana-mana individu untuk menduduki satu tanah atau mengguna satu-satu tanah secara sementara. Unit Pelupusan Tanah PTG telah mengendalikan sebanyak 97 Lesen Pendudukan Sementara dan 244 Permit Sementara.

iii. Unit Penyelesaian Tanah

Unit ini menjalankan penyelesaian untuk mendapatkan hakmilik kekal ke atas tanah-tanah yang terletak di dalam mukim-mukim yang telah diwartakan sebagai kawasan penyelesaian oleh Pejabat Penyelesaian Tanah Kelantan. Hakmilik yang diselesaikan pula adalah Hakmilik Sementara(QT), P.L(A.A), S.I dan sebagainya.

iv. Unit Mineral

Unit Mineral ditubuhkan untuk memastikan Enakmen Mineral Negeri 2001 dikuatkuasakan sepenuhnya. Pada tahun 2003 Peraturan – Peraturan Mineral Negeri telah dikuatkuasakan untuk membolehkan hasil negeri dari sumber mineral dapat dipungut secara berkesan.

Unit ini adalah bertanggungjawab didalam urusan yang berkaitan dengan permohonan untuk melombong bahan mineral yang terdapat di negeri Kelantan. Pada masa ini bahan mineral yang utama yang telah dihasilkan seperti emas, feldspar dan manganese serta dijangkakan bijih besi akan turut menyumbang kepada hasil Negeri Kelantan.

Pada tahun 2009. jumlah royalti mineral yang telah berjaya dipungut adalah sebanyak RM 3.38 juta. Pada tahun sebelumnya, jumlah royalti mineral yang telah berjaya dipungut adalah sebanyak RM 1.08 juta. Peningkatan ini disebabkan pemantauan berterusan oleh pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian.

v. Unit Pengambilan Tanah

Unit ini memproses pengambilan tanah bagi maksud mengadakan projek-projek pembangunan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan mengikut prosedur dan ttacara yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.