Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Bahagian Pendaftaran berfungsi untuk mendaftar tanah, urusniaga, bukan urusniaga. Rekod-rekod tanah mengikut kehendak undang-undang dengan cara yang cepat, cekap dan berkesan. Perkara utama yang dilakukan di bahagian iniadalah seperti berikut:

  1. Menerima Perserahan suratcara untuk pendaftaran.
  2. Membuat Memorial dalam I.D.T. dan R.D.T mengenai urusniaga dan bukan urusniaga.
  3. Mendaftar hakmilik sementara dan hakmilik muktamad bagi tanah bandar dan tanah desa yang layak.
  4. Mendaftar Borang 12 A penyerahan balik tanah.
  5. Mengeluarkan hakmilik, carian rasmi dan salinan hakmilik.
  6. Menyediakan perkhidmatan kaunter yang lebih sistematik, mengikut kehendak pelanggan.
  7. Menyediakan maklumat pentadbiran tanah Pejabat Tanah dan Galian untuk kemudahan Pejabat Tanah dan Jajahan.
  8. Mengawal selia semua petugas di bahagian Pendaftaran.
  9. Mengemaskini maklumat-maklumat berhubung dengan tanah-tanah yang dipegang di bawah hakmilik pejabat pendaftar.
  10. Memastikan maklumat tanah disimpan dengan selamat.
  11. Menyemak permohonan kebenaran pindahmilik.

 

PENDAFTARAN HAKMILIK

Pendaftaran hakmilik merupakan antara tugas utama yang dijalankan oleh Pejabat PTG Kelantan. Mengikut Kanun Tanah Negara 1966, terdapat enam jenis hakmilik iaitu:

  1. Geran
  2. Geran Mukim
  3. Pajakan Negeri
  4. Pajakan Mukim
  5. Hakmilik Bersyarat Daftar (HSD)
  6. Hakmilik Bersyarat Mukim(HSM)