Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Bahagian Penguatkuasaan mempunyai seramai 27 orang kakitangan terdiri dari 21 orang Penolong Pegawai Tanah, 2 orang Pembantu Tadbir dan 4 orang pemandu. Bahagian ini diketuai oleh Penolong Pengarah (Penguatkuasaan). Anggota-anggota penguatkuasaan dibahagikan kepada 7 unit iaitu Alfa, Beta, Gamma, Magma, Omega, Delta dan Ultra. Setiap unit ini dipertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan mengikut fungsi-fungsi bahagian ini.

 

Fungsi Utama

1. Penguatkuasaan bagi perlakuan kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Enakmen Mineral 2001;

2. Meningkatkan pungutanroyalti pemindahan bahan batuan melalui kadah-kaedah penguatkuasaan;

3. Memberikan bantuan tenagadan teknikalkepada Pejabat Tanah dan Jajahan dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan.

 

Tugas-Tugas Utama

1. Menjalankan penguatkuasaan ke atas pencabutan, pemindahan dan pengangkutan bahan batuan secara tidak sah di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965;

2. Menjalankan penguatkuasaan ke atas pendudukan haram Tanah Kerajaan, Tanah Rizab dan Tanah Lombong di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965;

3. Menjalankan penguatkuasaan bagi kesalahan-kesalahan di bawah peruntukkan Enakmen Mineral 2001;

4. Mengadakan siasatan dan menyediakan Kertas Siasatan bagi tujuan pendakwaan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan di atas bilamana diarahkan.