Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

سم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya, Laman Web Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian bagi versi baru ini dapat dilancarkan dengan jayanya. Dengan kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dan terlibat serta kerjasama yang diberikan dalam menyediakan bahan dan maklumat untuk web ini. Syabas diucapkan kerana berjaya menghasilkan web yang baru ini dan diharapkan agar ia dapat menjadi panduan kepada semua masyarakat.

Selari dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kami menyahut seruan kerajaan dalam usaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian dan menjadikannya sebagai saluran rasmi dalam menyediakan prasana maklumat untuk dikongsi bersama. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini yang dikendalikan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dan kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda untuk melayari web rasmi kami. Tujuan portal rasmi ini diadakan ialah supaya masyarakat sendiri dapat mengukur segala aktiviti dan prestasi jabatan ini. Diharapkan dengan pandangan dan maklum balas dari masyarakat terhadap portal ini dapat membantu jabatan ini dalam mengenalpasti kelemahan serta mencari jalan bagi mengatasinya.

Dalam usaha menyokong Kerajaan Elektronik, pihak kami turut menyediakan perkhidmatan online untuk orang ramai membuat semakan cukai tanah, bayaran melalui maybank2U, Sistem e-aduan bagi mengadu masalah berhubung tanah dan sebagainya. Pihak kami akan cuba sentiasa mempertingkatkan keberkesanan sistem penyampaian melalui informasi yang bersesuaian dengan aliran terkini.

Seperti yang sedia maklum, pentadbiran tanah merupakan aspek yang terpenting dalam pelaksanaan sesuatu pembangunan fizikal. Sesuatu pembangunan fizikal mestilah dilaksanakan di atas tanah, oleh yang demikian, pentadbiran tanah merupakan fokus utama bagi Kerajaan Negeri dan laporan ini dijadikan asas untuk menilai kemajuan yang telah dicapai setakat ini. Langkah-langkah untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti telah dan sedang berjalan di pejabat ini seperti amalan persekitaran berkualiti 5S yang mana diharapkan dapat membantu mempercepatkan urusan di jabatan ini dan seterusnya meningkatkan kecekapan dan prestasi jabatan ini.

Akhir kata, pihak kami mengharapkan dengan adanya kerjasama yang diberikan oleh semua pejabat Tanah dan Jajahan, pihak JKPTG dan pihak Kementerian agar pentadbiran tanah di Negeri Kelantan akan menjadi lebih mantap dan berkesan ini berjaya mencapai sasaran yang dikehendaki.

Sekian terima kasih.

Wassalam.

* SEMOGA ALLAH SELAMATKAN TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT *

**RAJA BERDAULAT, NEGERI BERKAT**

DATO' HAJI ZAMRI BIN ISMAIL
PENGARAH TANAH DAN GALIAN
NEGERI KELANTAN