ms MS en EN

Perutusan Dato' Pengarah

سم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya, Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian bagi versi yang baharu ini dapat dilancarkan dengan sempurna. Dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta kerjasama yang diberikan dalam menyediakan bahan dan maklumat untuk web ini. Syabas diucapkan kerana berjaya menghasilkan web yang baharu ini dan diharapkan agar ia dapat menjadi tempat rujukan dan panduan kepada semua lapisan pengguna.

Sejajar dengan kepesatan arus teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kami menyahut seruan kerajaan dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan sistem penyampaian dan menjadikannya sebagai satu saluran rasmi dalam menyediakan prasana maklumat untuk dikongsi bersama. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini yang dikendalikan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dan kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda untuk melayari web rasmi kami. Tujuan portal rasmi ini diadakan ialah supaya masyarakat sendiri dapat mengukur segala aktiviti dan prestasi jabatan ini. Diharapkan dengan pandangan dan maklum balas dari masyarakat terhadap portal ini dapat membantu jabatan ini dalam mengenalpasti kelemahan serta mencari jalan bagi mengatasinya.

Di samping itu, dalam usaha menyokong Kerajaan Elektronik, pihak kami turut membangunkan dan menyediakan perkhidmatan atas talian (online) yang baharu untuk orang ramai membuat semakan dan bayaran melalui Sistem Hasil Tanah Kelantan (SHTK), Permohonan Pindahmilik Seksyen 120 KTN (consent2U) dan membuat aduan-aduan berkaitan tanah melalui Sistem Aduan Tanah. Pihak kami juga menyediakan platform media sosial rasmi seperti Facebook, Youtube dan Twitter sebagai salah satu alat komunikasi untuk mempertingkatkan keberkesanan sistem penyampaian melalui informasi yang bersesuaian.

Seperti yang sedia maklum, pentadbiran tanah merupakan aspek yang terpenting dalam pelaksanaan sesuatu pembangunan fizikal. Sesuatu pembangunan fizikal mestilah dilaksanakan di atas tanah, oleh yang demikian, pentadbiran tanah merupakan fokus utama bagi Kerajaan Negeri dan laporan ini dijadikan asas untuk menilai kemajuan yang telah dicapai setakat ini. Langkah-langkah untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti telah dan sedang berjalan di pejabat ini seperti pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan Pembudayaan Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (U.M.I) sebagai suatu amalan dalam membantu mempercepatkan urusan di jabatan ini dan seterusnya meningkatkan kecekapan dan prestasi jabatan ini.

Akhir kata, pihak kami mengharapkan dengan adanya kerjasama yang diberikan oleh semua Pejabat Tanah dan Jajahan, pihak JKPTG dan pihak Kementerian agar pentadbiran tanah di Negeri Kelantan akan menjadi lebih mampan dan berkesan sekaligus berjaya mencapai sasaran yang dikehendaki.

Sekian terima kasih.

Wassalam.

* SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT *

**RAJA BERDAULAT, RAKYAT MUAFAKAT NEGERI BERKAT**

Saya yang menjalankan amanah,

DATO' HAJI ZAMRI BIN ISMAIL
PENGARAH TANAH DAN GALIAN
NEGERI KELANTAN

HUBUNGI KAMI
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian
Negeri Kelantan
Blok 3, Kompleks Kota Darulnaim, 15576 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Tel   : 09-748 1957 sambungan 3032
Faks : 09-748 4292
Emel : ptg[a]kelantan.gov.my

  • Kemaskini Terakhir: Selasa 10 November 2020, 02:07:24.
© Hakcipta Terpelihara 2019 
Paparan Terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Pelayar Mozilla Firefox dan Chrome
BILANGAN PENGUNJUNG
Hari IniHari Ini240
KelmarinKelmarin437
Minggu IniMinggu Ini1522
Bulan IniBulan Ini7371
KeseluruhanKeseluruhan33805