- Tag SPLWPK:
- Pelangan-pelanggan TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam ruang pejabat kecuali :
- Pelanggan telah mengisi buku kehadiran / mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera, memeriksa suhu badan, menggunakan sanitizer dan memakai topeng muka;
- Suhu badan pelanggan tidak melebihi 37.5 darjah Celcius dan tidak bergejala;
- Bagi urusan di kaunter, pelanggan dihadkan hanya satu pelanggan sahaja dibenarkan membuat urusan di mana-mana kaunter dan mematuhi penjarakan 1 meter.
- Penggunaan e-Selamat kepada pelanggan akan dihentikan buat sementara waktu.
- Selepas pelanggan menyerahkan dokumen di kaunter, pelanggan TIDAK DIBENARKAN menunggu di ruang kaunter sehingga nombor giliran dipanggil semula.
- Pelanggan yang ingin bertanya mengenai prosedur urusan tanah, penyemakan hakmilik/cukai tanah TIDAK DIBENARKAN memasuki ruang pejabat. Sebarang urusan pertanyaan hendaklah mengisi borang / emel atau melalui telefon.
- Bagi urusan pembayaran, pelanggan DIGALAKKAN menggunakan Kad Debit / Kad Kredit.
- Kanak-kanak yang berusia di bawah 12 tahun ke bawah TIDAK DIBENARKAN memasuki ruang pejabat manakala warga emas TIDAK DIGALAKKAN untuk memasuki ruang pejabat.
- Sebarang penyaksian dengan Pentadbir Tanah hendaklah melalui temujanji yang boleh dibuat melalui telefon atau emel PTG.
- Bagi pelanggan yang hendak membuat penyaksian di hadapan Pentadbir Tanah / Majistret, perlu memastikan borang tersebut telah diisi dengan lengkap sebagaimana panduan yang disediakan di Papan Kenyataan PTG.
- Bagi agen dari firma guaman, jurukur, pemaju, agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta diwajibkan membuat temujanji melalui telefon dan emel PTG.
- SOP ini adalah sebagaimana Arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bilangan 3 Tahun 2020 melalui rujukan surat SUK.D.200(06)411/2(4) bertarikh 06 Disember 2020.