ms MS en EN

Pembangunan

Bahagian ini diketuai oleh Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan). Terdapat 5 unit di bawah Bahagian Pembangunan iaitu;

  1. Unit Pembangunan Tanah
  2. Unit Pelupusan Tanah
  3. Unit Penyelesaian Tanah

Peranan Bahagian Pembangunan

Secara amnya, ia berperanan menguruskan dan menyelaraskan permohonan-permohonan yang diterima daripada setiap jajahan berhubung dengan Permohonan Milik Tanah, Pecah Sempadan, Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dan lain-lain urusan berkaitan dengan unit-unit di Bahagian Pembangunan.

Setiap permohonan yang diterima akan diproses dengan segera dan sempurna. Setiap pemprosesan akan melalui peringkat-peringkat yang tertentu dan di setiap peringkat ini perlu selaras dengan Undang-Undang, Enakmen dan Akta yang telah ditetapkan bagi mencapai matlamat Dasar Kerajaan. Setiap daripada permohonan berkenaan terdapat peringkat di mana Bahagian Pembangunan perlu menyediakan kertas-kertas kerja dan kertas-kertas cadangan bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.

Selain itu, bahagian ini bertanggungjawab untuk membuat lawatan-lawatan dan pemeriksaan ke tempat-tempat kerja pembersihan palong seperti tempat-tempat lombong emas dan bahan mineral.

i. Unit Pembangunan Tanah

Di antara urusan yang dijalankan oleh Unit Pembangunan adalah seperti proses tukar syarat tanah, pecah sempadan serentak, pecah sempadan tanah, pecah bahagian tanah,cantuman tanah, serah balik tanah dan berimiliksemula.

Semua permohonan yang melibatkan urusan-urusan tanah dari setiap jajahan akan disalurkan ke unit ini unuk disemak dan diangkat untuk pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

ii. Unit Pelupusan Tanah

Unit Pelupusan Tanah melibatkan urusan pemberimilikan tanah, pengeluaran lesen pendudukan sementara (TOL), perizaban tanah, pengeluaran permit bahan batuan, permit penggunaan ruang udara diatas tanah kerajaan dan tanah rizab.

Bayaran premium juga merupakan satu daripada hasil tanah. Bayaran premium diperolehi melalui proses pemberimilikan tanah dan juga penukaran syarat atau jenis penggunaan tanah. Bagi keseluruhan negeri Kelantan,bayaran premium bagi tahun 2009 ialah sebanyak RM 7.979 juta iaitu peningkatan 30% daripada jumlah bayaran premium yang diperolehi pada tahun 2008.

Lesen Pendudukan Sementara (TOL) adalah satu bentuk pelupusan yang mana satu kelulusan yang diberi kepada mana-mana individu untuk menduduki satu tanah atau mengguna satu-satu tanah secara sementara. Unit Pelupusan Tanah PTG telah mengendalikan sebanyak 97 Lesen Pendudukan Sementara dan 244 Permit Sementara.

iii. Unit Penyelesaian Tanah

Unit ini menjalankan penyelesaian untuk mendapatkan hakmilik kekal ke atas tanah-tanah yang terletak di dalam mukim-mukim yang telah diwartakan sebagai kawasan penyelesaian oleh Pejabat Penyelesaian Tanah Kelantan. Hakmilik yang diselesaikan pula adalah Hakmilik Sementara(QT), P.L(A.A), S.I dan sebagainya.

HUBUNGIKAMI

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian
Negeri Kelantan
Blok 3, Kompleks Kota Darulnaim, 15576 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Tel   : 09-748 1957 sambungan 3032
Faks : 09-748 4292
Emel : ptg[at]kelantan.gov.my
  • Kemaskini Terakhir: Monday 02 December 2024, 11:28:58.

LAINLAIN

APLIKASIMUDAH ALIH

DASAR& NOTIS

BILANGANPELAWAT

Hari IniHari Ini347
KelmarinKelmarin494
Minggu IniMinggu Ini4216
Bulan IniBulan Ini12531
KeseluruhanKeseluruhan840174

Please publish modules in offcanvas position.