ms MS en EN

Perutusan Dato' Pengarah

سم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t buat seluruh anggota perkhidmatan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan. Ucapan salam dan selawat diutuskan buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta kaum kerabat Baginda yang dimuliakan.

Alhamdulillah, sama-sama kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinannya sekali lagi kita diberikan kesempatan melangkah ke tahun baharu 2024.

Tahun 2023 telah melabuhkan tirainya meninggalkan seribu satu kenangan buat kita semua. Semoga perancangan yang telah dibuat pada Tahun 2023 telah dapat dicapai dengan jayanya.

Alhamdulillah pada Tahun 2023 Pejabat PTG telah berjaya mencapai pungutan hasil berjumlah RM 111,073,010.00 iaitu 100.03% daripada anggaran bajet 2023 yang ditetapkan. Sebagai sebuah agensi yang berorientasikan pungutan hasil tanah, saya merasakan pencapaian ini sangat memberangsangkan. Setinggi-tinggi penghargaan buat warga kerja Pejabat PTG saya ucapkan atas usaha dan iltizam yang tinggi yang ditunjukkan dalam menjalankan amanah kerja yang dipertanggungjawabkan sepanjang tahun 2023.Saya yakin dan percaya bahawa pencapaian ini merupakan tanda aras gerak kerja secara kolektif daripada setiap anggota perkhidmatan PTG.

Saya menyeru supaya kita bersama-sama menggembleng kekuatan dan mengekalkan momentum yang ditunjukkan sepanjang Tahun 2023 untuk melangkah ke Tahun 2024 dengan semangat yang lebih kental sebagai warga kerja sebuah entiti penggerak hasil Negeri Kelantan.

Jadikan tahun kelmarin sebagai tauladan dan bekal bagi menjalani kehidupan di tahun mendatang. Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Ilahi agar Tahun 2024 ini akan membuka lembaran baharu buat kita semua.
Selamat Tahun Baru. Semoga kesuksesan akan selalu mengiringi setiap langkah kita di tahun 2024 ini.

Sekian, terima kasih.

**SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT**

PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KELANTAN
1hb Januari 2024 bersamaan 19 Jamadil Akhir 1445H

HUBUNGIKAMI

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian
Negeri Kelantan
Blok 3, Kompleks Kota Darulnaim, 15576 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Tel   : 09-748 1957 sambungan 3032
Faks : 09-748 4292
Emel : ptg[at]kelantan.gov.my
  • Kemaskini Terakhir: Sunday 30 June 2024, 13:43:27.

LAINLAIN

APLIKASIMUDAH ALIH

DASAR& NOTIS

BILANGANPELAWAT

Hari IniHari Ini20
KelmarinKelmarin626
Minggu IniMinggu Ini2212
Bulan IniBulan Ini1252
KeseluruhanKeseluruhan709866

Please publish modules in offcanvas position.