ms MS en EN

Frequently Asked Questions - All FAQs

Please select your question category

Search FAQs

Maklumat umum mengenai agensi

Permohonan Sijil Carian Persendirian, Rasmi dan Salinan Sah Hakmilik boleh didapati di kaunter carian di Unit Pendaftaran. Untuk permohonan tersebut dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 untuk setiap satu hakmilik dan Sijil Carian Persendirian dikenakan bayaran RM20.00 untuk setiapatu hakmilik.

Untuk proses mendapat Sijil Carian Persendirian hanya 20 minit diperlukan bermula daripada pengisian permohonan hinggalah cetakan dokumen (bagi setiap satu hakmilik). Manakala untuk proses mendapatkan Sijil Carian Rasmi dan Salinan Sah Hakmilik hanya 30minit diperlukan bermula daripada pengisian permohonan hinggalah cetakan dokumen (begi setiap satu hakmilik) dan mendapatkan tanda tangan daripada pegawai atasan.

Pelupusan tanah kerajaan boleh dibuat melalui Borang Jadual 1 (mengikut KPT.Bil.3(1)1992). Di Pejabat Tanah dan Jajahan yang berkaitan.

a) Hakmilik Kekal
b) Hakmilik Pajakan
c) Lesen Pendudukan Sementara
d) Rizab

a) Pertanian - Tidak kurang dari 1 ekar
b) Bangunan kediaman - 5400 kaki persegi
c) Agensi/swasta - 50 ekar dan keatas

a) Hakmilik kekal (Bergantung pada Majlis Mesyuarat Kerajaan-MMK)
b) Lesen Pendudukan Sementara (1 hingga 2 bulan)
c) LPS Bercantum Permit (2 minggu-1 bulan)
d) Rizab (3 hingga 6 bulan)

Maklumat mengenai perkhidmatan agensi

Tel : 09 - 748 1957 samb. 3005
Fax : 09 - 747 4292
Laman Web : www.ptg.kelantan.gov.my
Emel : ptg@kelantan.gov.my
Urusan berkaitan pindahmilik tanah

Undang-undang yang terlibat ialah:

  • Kanun Tanah Negara (KTN)1965
  • Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1966
  • Enakmen Tanah Kelantan 1938

Boleh. Tetapi perlu mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, jika saudara telah menetap di Kelantan lebih dari 15 tahun, saudara boleh membuat pembelian secara terus secara biasa dengan menyempurnakan borang 14A KTN 1965 sekiranya hakmilik tanah berkenaan tidak mempunyai sekatan kepentingan (seperti tidak boleh dipindahmilik). Jika hakmilik tanah berkenaan mempunyai sekatan kepentingan saudara perlu juga mendapat kebenaran PBN terlebih dahulu

Hakmilik strata ialah hakmilik yang dikeluarkan di bawah Seksyen 16, Akta Hakmilik Strata 1985. Maksudnya hakmilik daftaran dan hakmilik keluaran ke atas masing-masing petak dalam bangunan berkenaan

Bangunan yang boleh dipecah bahagi untuk mendapatkan hakmilik strata mestilah:

  1. Bangunan 2 tingkat atau lebih;
  2. Didirikan keseluruhannya di atas satu lot tanah milik;
  3. Diperakui sesuai untuk diduduki atau digunakan (melalui pengeluaran CFO atau CCC);
  4. Untuk dijual berdasarkan hakmilik srata;
  5. Bangunan berada dalam kawasan lot;
  6. Tiada sutuh, ’awning’ atau balkoni yang terkeluar ke atas ruang udara tanah kerajaan atau tanah rizab dan;
  7. Lot di mana bangunan terletak dipegang di bawah hakmilik muktamad (hakmilik kekal)
Maklumat berkaitan cukai/hasil tanah

Tidak, cukai tanah dan cukai pintu adalah dua cukai yang berbeza. Cukai pintu ialah cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke atas pemilik atau penghuni pegangan berkadar yang terletak dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan seperti rumah, rumah kedai, hotel dan sebagainya. Cukai pintu perlu dibayar dua kali setahun. Cukai tanah pula ialah cukai yang dikenakan ke atas pemilik tanah sebagai balasan kepada Pihak Berkuasa Negeri yang telah memberi milik tanah kerajaan kepadanya. Cukai tanah perlu dibayar sekali setahun

Cukai  tanah hendaklah dibayar pada awal tahun sehingga sebelum 1 Julai setiap tahun. Sekiranya pembayaran dibuat selepas 30 Jun tahun semasa denda lewat bayaran cukai akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan dalam Kaedah 17, Kaedah-kaedah Tanah Kelantan 1966. Cukai tanah boleh dibayar di mana-mana Pejabat Tanah dan Jajahan Negeri Kelantan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian atau Pusat Khidmat Pelanggan Kompleks Kota Darulnaim. Pemilik tanah atau pembayar juga boleh membuat bayaran secara ‘online’ melalui Maybank2u dengan melayari laman web rasmi www.ptg.kelantan.gov.my dan www.maybank2u.com.my

Adalah masih menjadi tanggungjawab pemilik tanah untuk membayar cukai tanah setiap tahun walaupun dalam kebanyakan perjanjian pajakan/sewaan memperuntukkan supaya pemajak/penyewa membayar cukai tanah tahunan. Begitu juga dengan gadaian tanah di mana terdapat pemilik tanah tersalah anggap bahawa cukai tanah akan dibayar oleh pemegang gadaian memandangkan dokumen hakmilik disimpan oleh pemegang gadaian. Pemajak/penyewa dan pemegang gadaian walau bagaimanapun boleh membayar cukai tanah bagi pihak pemilik tanah untuk mengelakkan kepentingannya ke atas tanah tersebut dilucuthakkan akibat kegagalan menjelaskan cukai tanah yang tertunggak

Sekiranya cukai tanah menjadi tertunggak, tindakan perampasan tanah di bawah Akta Kanun Tanah Negara 1965 boleh diambil oleh Pentadbir Tanah Jajahan. Kesan tindakan tersebut menyebabkan tanah berkenaan kembali menjadi tanah kerajaan dan apa-apa bangunan dan segala kepentingan di atas tanah tersebut termasuklah hak pemajak/penyewa dan pemegang gadaian akan dilucuthakkan

Nama yang tercatat di bil cukai adalah untuk tujuan surat menyurat sahaja dan tidak sama sekali menggambarkan pemilikan sebenar sesuatu hakmilik berdaftar. Nama yang didaftarkan dan tercatat dalam dokumen hakmilik adalah merupakan rujukan konklusif pemilikan sebenar. Kebiasaannya, nama dan alamat yang tercatat di bil cukai tanah adalah berdasarkan nama dan alamat pembayar terkini yang tidak semestinyapemilik tanah berdaftar. Maklumat nama dan alamat di bil cukai boleh dikemaskinikan oleh pemilik tanah atau pembayar pada bila-bila masa di kaunter hasil mana-mana Pejabat Tanah dan Jajahan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan atau Pusat Khidmat Pelanggan Kompleks Kota Darulnaim

Tempoh pengurangan harga royalti bahan batuan (batu kuari) yang berakhir pada tahun 2022 dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun lagi bermula tahun 2023 sehingga tahun 2025.

HUBUNGIKAMI

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian
Negeri Kelantan
Blok 3, Kompleks Kota Darulnaim, 15576 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Tel   : 09-748 1957 sambungan 3032
Faks : 09-748 4292
Emel : ptg[at]kelantan.gov.my
  • Kemaskini Terakhir: Isnin 02 Disember 2024, 11:28:58.

LAINLAIN

APLIKASIMUDAH ALIH

DASAR& NOTIS

BILANGANPELAWAT

Hari IniHari Ini393
KelmarinKelmarin528
Minggu IniMinggu Ini553
Bulan IniBulan Ini5209
KeseluruhanKeseluruhan832852