Bahagian Hasil mempunyai seramai 5 orang kakitangan terdiri dari tiga orang Pembantu Tadbir, seorang Pegawai Eksekutif (Hasil) dan diketuai oleh seorang Penolong Pengarah (Hasil).
Tugas-Tugas Utama
Antara tugas-tugas utama bahagian ini ialah:
- Menyelaras pungutan hasil dengan cara lebih cekap dan berkesan.
- Menyelaras laporan pungutan hasil bulanan bagi Jajahan Negeri Kelantan.
- Menyelaras pungutan hasil lombong, tanaman komersial, ladang hutan.
- Menyelaras hasil melalui pendaftaran dan penguatkuasaan.
- Mengkaji punca-punca hasil baru.
- Memaksimakan pungutan hasil melalui cukai tanah.
- Mengurangkan tunggakan Cukai Tanah dan memastikan tunggakan tersebut tidak akan berulang.
- Meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab pemilik-pemilik tanah terhadap kewajipan membayar cukai tanah.
- Membuat semakan cukai tanah di bawah Seksyen 101 Kanun Tanah Negara 1965.