ms MS en EN

Pengurusan Data

Dalam usaha mencapai kualiti pentadbiran negeri, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di semua Pejabat Tanah dan Jajahan dipertingkatkan bagi mewujudkan Pengurusan Tanah yang bersepadu melalui penggunaan komputer sepenuhnya dalam mencapai hasrat dan misi kerajaan untuk merealisasikan kerajaan elektronik dengan sempurna.

Peningkatan sistem komputer dan perluasan fungsi serta penambahbaikan (enhancement) sistem-sistem yang sedia ada merupakan tanggungjawab Bahagian Pengurusan Data Pejabat Pengarah Tanah dan Galian yang membuat perancangan strategi teknologi maklumat.

Objektif Bahagian Pengurusan Data ialah:

  • Menyediakan spesifikasi program pengkomputeran untuk Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat-Pejabat Tanah dan Jajahan di seluruh negeri Kelantan.
  • Memastikan perjalanan sistem-sistem yang dibangunkan dapat beroperasi dengan sepenuhnya menyediakan penyelenggaraan aplikasi dan perkakasan dengan cekap.
  • Mengawal selia projek pengkomputeran di semua Pejabat Tanah dan Jajahan.
  • Menyelaras seluruh maklumat yang diterima di Pejabat Tanah dan Jajahan untuk dijadikan laporan bulanan/tahunan bagi memudahkan keputusan dibuat.
  • Mengenalpasti data-data tanah yang diperlukan dengan tepat dan mengemaskinikan data-data tersebut menerusi komputer yang sedia ada dengan lebih berkesan.
  • Menyediakan kursus-kursus komputer terhadap sistem-sistem yang dibangunkan kepada kakitangan di semua Pejabat Tanah dan Jajahan.

HUBUNGIKAMI

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian
Negeri Kelantan
Blok 3, Kompleks Kota Darulnaim, 15576 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Tel   : 09-748 1957 sambungan 3032
Faks : 09-748 4292
Emel : ptg[at]kelantan.gov.my
  • Kemaskini Terakhir: Isnin 14 Oktober 2024, 15:16:29.

LAINLAIN

APLIKASIMUDAH ALIH

DASAR& NOTIS

BILANGANPELAWAT

Hari IniHari Ini362
KelmarinKelmarin667
Minggu IniMinggu Ini2390
Bulan IniBulan Ini18779
KeseluruhanKeseluruhan809136