ms MS en EN

Panduan Menggunakan RSS

Apa itu RSS?

RSS atau RDF Site Summary adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi W3Schools . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

Apa itu RSSReader?

RssReader adalah satu program yang membolehkan anda menerima berita atau maklumat dari halaman web yang menyokong aplikasi RSS terus ke desktop anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RssReader, sila ke halaman ini http://www.rssreader.com/.

RSS di Laman Web Rasmi PTGKN

Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk kegunaan pengguna Laman Web Rasmi PTGKN bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh PTGKN. Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar PTGKN dapat menyalurkan maklumat terkini daripada Laman Web Rasmi PTGKN dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui RSS Feeds ini juga:

1. Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak

2. Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (Spam)

3. Anda dapat mengetahui maklumat terkini mengenai PTGKN dengan lebih cepat dan berkesan

4. Berita atau maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini

Langkah-Langkah untuk Install RssReader

Langkah 1 :

  1. Muat turun install Microsoft.NET framework terlebih dahulu jika anda tidak menggunakan Windows 2003 atau versi Windows XP yang terkini.
  2. Cara yang paling mudah adalah dengan Windows update atau lawati Microsoft How to Get the .NET Framework 1.1 .

Langkah 2 : 

Muat turun RssReader 1.0.88.0 berikut: rssreader.zip atau rssreader.exe

Langkah 3 :

  1. Install RssReader.
  2. Jika anda muat turun versi .zip unzip fail tersebut terlebih dahulu dan run setup.exe .
  3. Terus run jika anda muat turun versi .exe .

Langkah 4 : 

Sila lihat link RSS di dalam Laman Web Rasmi PTGKN

Letakkan mouse di atas salah satu imej tersebut kemudian klik kanan, dan pilih "Copy Shortcut". Run RssReader dan pergi ke "add (+)" seterusnya klik kanan dan "paste" url dan tekan ok.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari http://www.rssreader.com/

HUBUNGIKAMI

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian
Negeri Kelantan
Blok 3, Kompleks Kota Darulnaim, 15576 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Tel   : 09-748 1957 sambungan 3032
Faks : 09-748 4292
Emel : ptg[at]kelantan.gov.my
  • Kemaskini Terakhir: Isnin 02 Disember 2024, 11:28:58.

LAINLAIN

APLIKASIMUDAH ALIH

DASAR& NOTIS

BILANGANPELAWAT

Hari IniHari Ini362
KelmarinKelmarin528
Minggu IniMinggu Ini522
Bulan IniBulan Ini5178
KeseluruhanKeseluruhan832821