ms MS en EN

Audit Pengurusan

Audit Pengurusan merupakan unit baru yang ditubuhkan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) seluruh negeri di Semenanjung Malaysia dan di PTG Kelantan bahagian ini ditubuhkan pada pertengahan 2007. Ianya diketuai oleh seorang Penolong Pengarah (PTN Gred N41), seorang Penolong Pegawai Tadbir (N27), seorang pembantu Tadbir (N17) dan seorang Penolong Pegawai Tanah (N17).

Objektif Bahagian Audit Pengurusan

  • Menambah baik dan mempertingkatkan tahap operasi pentadbiran Tanah berpandukan polisi, peraturan, prosedur dan undang-undang yang berkenaan.
  • Menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan Tadbir Urus pejabat Tanah Negeri Kelantan.
  • Mengaudit dan membuat laporan, hasil daripada auditan ke atas pejabat-pejabat pentadbiran Tanah Negeri Kelantan.
  • Membantu di peringkat Pentadbiran Tanah Negeri Kelantan dalam menentukan pihak pengurusan meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan dalam pentadbiran tanah negeri.
  • Menyediakan laporan, ulasan dan cadangan kepada pentadbiran tanah negeri terhadap prestasi dan pencapaian hasil dari program-program yang dilaksanakan oleh jabatan, sesuai dengan matlamat dan objektif yang ditentukan oleh pentadiran tanah negeri.
  • Membantu mewujudkan budaya kerja yang cemerlang, pentadbiran yang cekap dan berkesan, disamping melaksanakan piagam pelanggan serta perkhidmatan yang mesra di pentadbiran tanah negeri.

Fungsi Bahagian Audit Pengurusan

  • Menjalankan Audit Pengurusan dan lawatan pemantauan di pejabat-pejabat pentadbiran tanah negeri bagi memastikan pelaksanaan urusan pentadbiran tanah mengikut polisi, peraturan, prosedur dan undang-undang tanah.
  • Mengkaji sistem-sistem dan prosedur-prosedur pentadbiran tanah bagi menentukan kawalan dalaman adalah mencukupi dan berkesan.
  • Mengkaji pematuhan kepada undang-undang, peraturan, Arahan-Arahan dan Dasar-Dasar Yang Berkuatkuasa berkaitan pentadbiran tanah.
  • Memaklumkan kepada pengarah Tanah dan Galian Kelantan melalui Laporan dan pemerhatian Audit secara bebas, objektif dan tepat pada masanya mengenai operasi pentadbiran tanah yang diaudit.

HUBUNGIKAMI

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian
Negeri Kelantan
Blok 3, Kompleks Kota Darulnaim, 15576 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Tel   : 09-748 1957 sambungan 3032
Faks : 09-748 4292
Emel : ptg[at]kelantan.gov.my
  • Kemaskini Terakhir: Isnin 22 April 2024, 15:45:30.

LAINLAIN

APLIKASIMUDAH ALIH

DASAR& NOTIS

BILANGANPELAWAT

Hari IniHari Ini364
KelmarinKelmarin702
Minggu IniMinggu Ini4685
Bulan IniBulan Ini15181
KeseluruhanKeseluruhan669540