ms MS en EN

Penguatkuasaan

Bahagian Penguatkuasaan mempunyai seramai 27 orang kakitangan terdiri dari 21 orang Penolong Pegawai Tanah, 2 orang Pembantu Tadbir dan 4 orang pemandu. Bahagian ini diketuai oleh Penolong Pengarah (Penguatkuasaan). Anggota-anggota penguatkuasaan dibahagikan kepada 7 unit iaitu Alfa, Beta, Gamma, Magma, Omega, Delta dan Ultra. Setiap unit ini dipertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan mengikut fungsi-fungsi bahagian ini.

Fungsi Utama

1. Penguatkuasaan bagi perlakuan kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Enakmen Mineral 2001;

2.  Meningkatkan pungutan royalti pemindahan bahan batuan melalui kadah-kaedah penguatkuasaan;

3. Memberikan bantuan tenagadan teknikal kepada Pejabat Tanah dan Jajahan dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan.

Tugas-Tugas Utama

1. Menjalankan penguatkuasaan ke atas pencabutan, pemindahan dan pengangkutan bahan batuan secara tidak sah di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965;

2. Menjalankan penguatkuasaan ke atas pendudukan haram Tanah Kerajaan, Tanah Rizab dan Tanah Lombong di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965;

3. Menjalankan penguatkuasaan bagi kesalahan-kesalahan di bawah peruntukkan Enakmen Mineral 2001;

4. Mengadakan siasatan dan menyediakan Kertas Siasatan bagi tujuan pendakwaan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan di atas bilamana diarahkan

HUBUNGIKAMI

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian
Negeri Kelantan
Blok 3, Kompleks Kota Darulnaim, 15576 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Tel   : 09-748 1957 sambungan 3032
Faks : 09-748 4292
Emel : ptg[at]kelantan.gov.my
  • Kemaskini Terakhir: Isnin 22 April 2024, 15:45:30.

LAINLAIN

APLIKASIMUDAH ALIH

DASAR& NOTIS

BILANGANPELAWAT

Hari IniHari Ini351
KelmarinKelmarin702
Minggu IniMinggu Ini4672
Bulan IniBulan Ini15168
KeseluruhanKeseluruhan669527