ms MS en EN

Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan diketuai oleh Pegawai Eksekutif Kanan N36. Di bawah bahagian ini, terdapat 3 unit yang utama iaitu;

- Unit Perkhidmatan
- Unit Kewangan
- Unit Inventori

Bahagian ini berperanan untuk menguruskan segala perjawatan dan perkhidmatan seperti pengisian jawatan kosong, permohonan jawatan baru, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, pemangkuan dan cuti kakitangan, peperiksaan jabatan, pencen, pertukaran kakitangan dan kursus.

Bahagian ini juga menguruskan perbelanjaan jabatan seperti pembayaran gaji, pembelian dan pembaikian alat – alatan kelengkapan pejabat, menyediakan anggaran belanjawan tahunan pejabat dan memastikan anggaran belanjawan tahunan mencukupi.

PERJAWATAN

Pada tahun 2019, perjawatan Pejabat PTG ialah 192 jawatan yang terbahagi kepada 4 iaitu:

· Pengurusan Tertinggi
· Pengurusan dan Profesional
· Sokongan 1
· Sokongan 2

KURSUS DAN LATIHAN

Ke arah meningkatkan produktiviti dan kemajuan kerjaya pegawai dan kakitangan, Bahagian Khidmat Pengurusan telah menghantar kakitangan pelbagai peringkat untuk menyertai kursus, seminar dan bengkael yang dianjurkan sama ada oleh Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

HUBUNGIKAMI

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian
Negeri Kelantan
Blok 3, Kompleks Kota Darulnaim, 15576 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Tel   : 09-748 1957 sambungan 3032
Faks : 09-748 4292
Emel : ptg[at]kelantan.gov.my
  • Kemaskini Terakhir: Isnin 22 April 2024, 15:45:30.

LAINLAIN

APLIKASIMUDAH ALIH

DASAR& NOTIS

BILANGANPELAWAT

Hari IniHari Ini447
KelmarinKelmarin702
Minggu IniMinggu Ini4768
Bulan IniBulan Ini15264
KeseluruhanKeseluruhan669623