Bahagian Pendaftaran berfungsi untuk mendaftar tanah, urusniaga, bukan urusniaga. Rekod-rekod tanah mengikut kehendak undang-undang dengan cara yang cepat, cekap dan berkesan. Perkara utama yang dilakukan di bahagian ini adalah seperti berikut:
- Menerima Perserahan suratcara untuk pendaftaran.
- Membuat Memorial dalam I.D.T. dan R.D.T mengenai urusniaga dan bukan urusniaga.
- Mendaftar hakmilik sementara dan hakmilik muktamad bagi tanah bandar dan tanah desa yang layak.
- Mendaftar Borang 12 A penyerahan balik tanah.
- Mengeluarkan hakmilik, carian rasmi dan salinan hakmilik.
- Menyediakan perkhidmatan kaunter yang lebih sistematik, mengikut kehendak pelanggan.
- Menyediakan maklumat pentadbiran tanah Pejabat Tanah dan Galian untuk kemudahan Pejabat Tanah dan Jajahan.
- Mengawal selia semua petugas di bahagian Pendaftaran.
- Mengemaskini maklumat-maklumat berhubung dengan tanah-tanah yang dipegang di bawah hakmilik pejabat pendaftar.
- Memastikan maklumat tanah disimpan dengan selamat.
- Menyemak permohonan kebenaran pindahmilik.
PENDAFTARAN HAKMILIK
Pendaftaran hakmilik merupakan antara tugas utama yang dijalankan oleh Pejabat PTG Kelantan. Mengikut Kanun Tanah Negara 1966, terdapat enam jenis hakmilik iaitu:
- Geran
- Geran Mukim
- Pajakan Negeri
- Pajakan Mukim
- Hakmilik Bersyarat Daftar (HSD)
- Hakmilik Bersyarat Mukim(HSM)