Accessibility Tools

Skip to main content

Unit perundangan merupakan unit yang baru ditubuhkan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian. Unit ini mula beroperasi pada bulan Februari 2008 dengan diketuai oleh seorang Pegawai Undang-Undang (L44), Penolong Pegawai Undang-Undang (L29), dua Pembantu Tadbir (N19) dan seorang Pembantu Am Rendah (N11). Unit ini berfungsi sebagai penyelesai kepada masalah perundangan yang melibatkan jabatan ini.

Misi Strategik

Menyokong fungsi Pejabat Tanah & Galian Negeri Kelantan dari aspek:-

  • Penasihatan
  • Penggubalan undang-undang induk dan subsidiari
  • Pendakwaan
  • Guaman
  • Semakan undang-undang

Objektif Unit Perundangan

  • Untuk menjaga dan melindungi kepentingan Pejabat Tanah dan Galian dari aspek perundangan
  • Menyediakan ulasan perundangan dan nasihat berkaitan dengan hal ehwal undang-undang selaras dengan sistem perundangan dalam negara, dasar polisi kerajaan dan kepentingan umum
  • Merangka dan menyemak klausa-klausa perjanjian bagi memastikan kepentingan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan sentiasa terpelihara
  • Menyemak kes-kes sivil terhadap atau oleh Pejabat Tanah sebelum dikemukakan kepada kamar Penasihat Undang-Undang.
  • Penyeliaan ke atas Kertas Siasatan yang dibuka oleh Unit Penguatkuasaan yang menjalankan siasatan kes
  • Pengendalian Kertas Siasatan dan pendakwaan
  • Menyebut kes dan perbicaraan mahkamah
  • Menyimpan rekod pendakwaan dengan sistematik
  • Menghadiri mesyuarat dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Pejabat Tanah dan Galian adalah menurut undang-undang.