Bangunan yang boleh dipecah bahagi untuk mendapatkan hakmilik strata mestilah:
Tidak, cukai tanah dan cukai pintu adalah dua cukai yang berbeza. Cukai pintu ialah cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke atas pemilik atau penghuni pegangan berkadar yang terletak dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan seperti rumah, rumah kedai, hotel dan sebagainya. Cukai pintu perlu dibayar dua kali setahun. Cukai tanah pula ialah cukai yang dikenakan ke atas pemilik tanah sebagai balasan kepada Pihak Berkuasa Negeri yang telah memberi milik tanah kerajaan kepadanya. Cukai tanah perlu dibayar sekali setahun
Ya, kedua-dua cukai tersebut perlu dijelaskan setiap tahun
Cukai tanah hendaklah dibayar pada awal tahun sehingga sebelum 1 Julai setiap tahun. Sekiranya pembayaran dibuat selepas 30 Jun tahun semasa denda lewat bayaran cukai akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan dalam Kaedah 17, Kaedah-kaedah Tanah Kelantan 1966. Cukai tanah boleh dibayar di mana-mana Pejabat Tanah dan Jajahan Negeri Kelantan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian atau Pusat Khidmat Pelanggan Kompleks Kota Darulnaim. Pemilik tanah atau pembayar juga boleh membuat bayaran secara ‘online’ melalui Maybank2u dengan melayari laman web rasmi www.ptg.kelantan.gov.my dan www.maybank2u.com.my
Adalah masih menjadi tanggungjawab pemilik tanah untuk membayar cukai tanah setiap tahun walaupun dalam kebanyakan perjanjian pajakan/sewaan memperuntukkan supaya pemajak/penyewa membayar cukai tanah tahunan. Begitu juga dengan gadaian tanah di mana terdapat pemilik tanah tersalah anggap bahawa cukai tanah akan dibayar oleh pemegang gadaian memandangkan dokumen hakmilik disimpan oleh pemegang gadaian. Pemajak/penyewa dan pemegang gadaian walau bagaimanapun boleh membayar cukai tanah bagi pihak pemilik tanah untuk mengelakkan kepentingannya ke atas tanah tersebut dilucuthakkan akibat kegagalan menjelaskan cukai tanah yang tertunggak
Sekiranya cukai tanah menjadi tertunggak, tindakan perampasan tanah di bawah Akta Kanun Tanah Negara 1965 boleh diambil oleh Pentadbir Tanah Jajahan. Kesan tindakan tersebut menyebabkan tanah berkenaan kembali menjadi tanah kerajaan dan apa-apa bangunan dan segala kepentingan di atas tanah tersebut termasuklah hak pemajak/penyewa dan pemegang gadaian akan dilucuthakkan
Nama yang tercatat di bil cukai adalah untuk tujuan surat menyurat sahaja dan tidak sama sekali menggambarkan pemilikan sebenar sesuatu hakmilik berdaftar. Nama yang didaftarkan dan tercatat dalam dokumen hakmilik adalah merupakan rujukan konklusif pemilikan sebenar. Kebiasaannya, nama dan alamat yang tercatat di bil cukai tanah adalah berdasarkan nama dan alamat pembayar terkini yang tidak semestinyapemilik tanah berdaftar. Maklumat nama dan alamat di bil cukai boleh dikemaskinikan oleh pemilik tanah atau pembayar pada bila-bila masa di kaunter hasil mana-mana Pejabat Tanah dan Jajahan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan atau Pusat Khidmat Pelanggan Kompleks Kota Darulnaim