ms MS en EN

*PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2023 PENGARAH TANAH & GALIAN NEGERI KELANTAN*

Assalamualaikum w.b.t. buat seluruh anggota perkhidmatan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan. Ucapan salam dan selawat diutuskan buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta kaum kerabat Baginda yang dimuliakan. Alhamdulillah, sama-sama kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinannya sekali lagi kita diberikan kesempatan melangkah ke tahun baharu 2023. Tahun 2022 telah melabuhkan tirainya meninggalkan seribu satu kenangan buat kita semua. Semoga perancangan yang telah dibuat pada Tahun 2022 telah dapat dicapai dengan jayanya. Alhamdulillah pada Tahun 2022 Pejabat PTG telah berjaya mencapai pungutan hasil berjumlah RM 131,007,767.64 iaitu 126% daripada anggaran bajet 2022 yang ditetapkan. Sebagai sebuah agensi yang berorientasikan pungutan hasil, saya merasakan pencapaian ini sangat memberangsangkan. Setinggi-tinggi penghargaan buat warga kerja Pejabat PTG saya ucapkan atas usaha dan iltizam yang tinggi yang ditunjukkan dalam menjalankan amanah kerja yang dipertanggungjawabkan sepanjang tahun 2022.Saya yakin dan percaya bahawa pencapaian ini merupakan tanda aras gerak kerja secara kolektif daripada setiap anggota perkhidmatan PTG. Saya menyeru supaya kita bersama-sama menggembleng kekuatan dan mengekalkan momentum yang ditunjukkan sepanjang Tahun 2022 untuk melangkah ke Tahun 2023 dengan semangat yang lebih kental sebagai warga kerja sebuah entiti penggerak hasil Negeri Kelantan. Jadikan tahun kelmarin sebagai tauladan dan bekal bagi menjalani kehidupan di tahun mendatang. Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Ilahi agar Tahun 2023 ini akan membuka lembaran baharu buat kita semua. Selamat Tahun Baru. Semoga kesuksesan akan selalu mengiringi setiap langkah kita di tahun 2023 ini. Sekian, terima kasih. **SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT** PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KELANTAN 1hb Januari 2023 bersamaan 08 Jamadil Akhir 1444H

HUBUNGIKAMI

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian
Negeri Kelantan
Blok 3, Kompleks Kota Darulnaim, 15576 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Tel   : 09-748 1957 sambungan 3032
Faks : 09-748 4292
Emel : ptg[at]kelantan.gov.my
  • Kemaskini Terakhir: Rabu 13 Mac 2024, 09:58:57.

LAINLAIN

APLIKASIMUDAH ALIH

DASAR& NOTIS

BILANGANPELAWAT

Hari IniHari Ini434
KelmarinKelmarin582
Minggu IniMinggu Ini3055
Bulan IniBulan Ini17596
KeseluruhanKeseluruhan652822